BICARA YANG LEBIH DALAM

Posted: January 4, 2014 in Uncategorized

apabila kita terlalu lama berkata kata untuk keperluan yang nyata saja, kita akan terlupa ada perihal lain yang memerlukan kita juga untuk menyampaikan kata kata yang terisi makna lebih jauh ke dalam. jauh perginya sehingga menjadi sebuah kitaran, bulatan, mandala yang menemukan kita kembali ke titik mula, namun kali ini kita akan temukan bukan kita yang pertama dulu lagi, tetapi yang satu lagi. dimensinya telah berubah, perspektifnya sudah tuju ke makna lebih dalam. lebih dalam dan ke dalam pencarian ini tetapi di sebelah sana kita kan timbul semula dengan datangnya bicara yang berbeza. Letak atur kata kata juga berbeza. 

Apabila saya menemukan ruang bicara yang lebih dalam, saya terasa diberi makan ubat mustajab untuk segala ruang angin di dalam rongga dan saraf norma yang menuntut saya menjadi seperti orang lain dengan rutin yang sama dengan orang lain agar dilihat sama dan tidak mendatangkan prasangka dan fitnah yang lain, sedangkan saya mereka dan kita kita punya alur seni yang kaya dengan bicara melebihi dari biasa. maka bicarakan dengan sebaiknya tanpa berat memikirkan adakah tidak mengapa kita tidak biasa dengan kebiasaan, dan sebenarnya kita biasa dengan ketidakbiasaan. Membicarakan segala makna di atas langit, di tengah perut bumi sehingga menyelam ke dasar lapisan lapisan air berenang di lautan. 

untuk bertahan, saya perlu begini. tidak statik dengan rutin biasa dan keperluan semasa yang membuatkan nilai seni rendah harganya, mudah pelaksanaanya dan menjadi kilang semata dan bukan karya yang kaya. kaya makna bukan semestinya kaya material. 

kembali saya selam ke bicara yang lebih dalam dan sesekali akan muncul di permukaan dan menjadi Hawa yang bernafas dengan tertib… sebentar nanti saya menyelam semula dan sekarang semasa saya menulis ini, pastinya saya sedang menyelam ke dasar dan bukan dipermukaan yang bermuka muka.. Image

 

Advertisements

SELEPAS KOSONG BARU MEMENUHI

Posted: December 26, 2013 in Uncategorized

Assalamualaikum, sejahtera salam sentiasa..

Kefahaman diri tidak akan dapat disusun dengan alur yang murni selagi kita tidak mengosongkan segala hasrat duniawi. seimbang yang nyata dan yang semangat itu akan membuka pintu yang lagi satu. lebih luas jelajahnya dengan kelapangan fikir dan rasa. berbalik kepada fitrah kita berlandaskan pegangan agama pastinya. tidak menyusup jauh andai pegangan itu difahami semakin dalam. apa yang diajar dari kecil secara lapis pertama, tidak terhenti di situ saja. yang berfikir akan menemukan lapisan lapisan yang lain sehingga menemui hakikat cinta abadi. 

maka, mendabik dada menyatakan dunia, aku sudah tahu semuanya, ialah manusia yang sebenarnya baru saja tahu yang jarak di hadapannya saja. pencarian, penemuan makna bukan untuk diangkat keangkuhan, sebaliknya mengangkat semangat menjadi insan lebih murni, lebih mengasihi dan lebih insaf bahawa Maha BesarNya Kuasa Allah jua. 

saya ketawa sendiri kerana saya sedar separuh dari titis air pun belum sempurna ilmu untuk kembali, namun sekeliling saya yang tua atau yang muda, ramai yang sedar di dalam ruang tidak sedar lagi. memesan kepada diri sendiri yang dikongsi di sini, saya menemui bibit bibit cinta yang melepasi keluh kesah manusia semata, sebaliknya lebih dari itu. di kala perjalanan menemui ini, tenang dan tidak mudah tersentak dengan segala yang berlaku, besar atau kecil, hiba atau tawa, semua diraikan dengan kesyukuran kerana semua itu diberi kepada saya. hanya saya dan harus saya lalui seperti yang sudah saya berjanji sebelum dilahirkan lagi.. 

 

ImageDESIGN THINKING. MENCORAKKAN PEMIKIRAN.

Ia merupakan suatu terma yang semakin diguna pakai di dalam industri inovasi terutama di dalam bidang pengurusan, penciptaan. saya menerima konsep ini sangat menarik kerana sebagai pengkarya dan terlibat di dalam lapangan seni, mencorakkan pemikiran boleh menjadikan seorang pengkarya itu lebih imaginatif dan di dalam masa yang sama sedar serta menyurun secara kreatif kerja seni yang mahu dilakukan.  Di Barat, dalam bidang penerbitan filem, ada istilah film design. ia merupakan tugas penting dan menyeluruh yang melibatkan seorang yang berkolaborasi dan memahami pemikiran dan idea pengarah, penulis, serta kemudiannya merangka, mencorakkan sebuah filem yang mahu dihasilkan itu mengikut corak semangat isi filem tersebut. Warna, rupa, suasana, gambaran, bahasa, laku, cahaya dan apa saja perincian yang terdapat di dalam sebuah filem itu secara visual dan non visualnya, tidak lari dari film design yang sudah dipersetujui.  melahirkan kekuatan begitu, memerlukan kekuatan mencorak pemikiran terlebih dahulu. pengkarya harus tidak statik kerana kalian itu kias air yang harus mampu berada di dalam mana mana bentuk dan faham.  saya memetik kata IDRIS MOOTEE, CEO IDEA COUTURE, yang menulis di dalam bukunya DESIGN THINKING for STRATEGIC INNOVATION;

DESIGN THINKING IS

the search for a magical balance between

BUSINESS & ART

STRUCTURE & CHAOS

INTUITION & LOGIC

CONCEPT & EXECUTION

playfulness & formality; and

CONTROL & EMPOWERMENT

 

Keseimbangan membentuk corak pemikiran yang luar dari konvensi. pengkarya yang bergerak akan sentiasa lari dari konvensi namun bukan menidakkan konvensi yang mendekatkan kembali kepada pemahaman masyarakat pastinya. 

 

 

 

 

Read the rest of this entry »

Aside  —  Posted: December 5, 2013 in Uncategorized

yang pesona itu..

Posted: December 3, 2013 in Uncategorized

Mudah untuk jatuh ke alam pesona apabila kita membiarkan untuk terus menjadi insan yang menyusun hari harinya demi memenuhi rasa dan nafas untuk bergerak saat ke saat buat hidup nyata. Mudah untuk rasa amarah dengan alam pesona kerana kita berhajatkan sesuatu itu dengan sangkaan kita, itu sajalah harapan yang kita punya. Mudah juga untuk alam pesona membuatkan kita memberi hukum dan menuruti sebagai dengung semata. Bak alun pukulan kompang. Bunyi pertama itu nyata dan yang dengung seterusnya hanya dengung yang memberi hebahan semata, yang menurut tanpa berpegang kepada kebenaran yang disedar, akan tersasar akalnya.

Sebaik-baiklah, jangan terpesona dengan kehebohan luaran cuma. Jangan terpesona dengan kelantangan kata kata yang menggamatkan suasana cuma. Jangan terpesona dengan janji-janji yang bak dengung sang kompang jua. Sedar hakikat bahawa yang pesona itu masih di dalam sedar namun di kala ‘ter’ tiba, ia bakal menguji pegangan diri semula.

Suara ini pernah saya susun di dalam skrip lakon sebuah filem pendek bertajuk ‘pesona..ter’, arahan bijak Khir Rahman dan diperan oleh 8 aktor kuat lakonnya iaitu Sofi Jikan, Shafie Naswip, Namron, Ungku Ismail, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Sobri Anuar dan Wanji Aswandi. Telah mendapat maklumbalas tontonan yang sangat baik dan telah diulang tayang dalam 4 majlis eksklusif, apresiasi seni sekitar Kuala Lumpur tahun 2012-2013.

Pengalaman menghasilkan skrip ini merupakan suatu proses yang membawa faham diri tentang sedar yang kita ini secara harfiah mudah dipengaruhi apabila ada pesona yang kita terpesonakan.. secara harfiahnya kata kata manis dengan karisma dari mata kasar mampu beri kesan terpesonanya tanpa sempat kita menyusun sebab dan akibat. Terpesona boleh membawa kepada ketaksuban yang boleh menenggelamkan pertimbangan sebagai manusia semula. 

maka sebelum kita digadai dengan keterpesonaan harfiah, bawalah dan pupuklah atma diri ke keindahan pesona yang lebih Agung dan abadi.

Image

kerja kotak dan kerja kreatif

Posted: November 25, 2013 in Uncategorized

kita harus sedar kerja sebagai menerus di dalam bidang seni ini tidak kira apakah genre dan mediumnya, adakah kita kerja sebagai kotak kotak yang disusun atur mengikut acuan pada situasi tertentu, atau kita ini memang benar sedang bekerja dengan kreativiti yang ada tanpa perlu dibatasi sebarang garisan dan diperkotak katikkan. hmmmm…

makanan aqli

Posted: November 8, 2013 in Uncategorized

daya cipta insan. kata kata ini memberi makna yang luas bukan saja dari sudut faham konvensi manusia tetapi peranannya dalam pandangan Islam juga terisi dengan nilai yang memberi manfaat. 

Menyentuk dalam dunia kreativiti yang lebih dekat dan mesra dalam hidup saya, daya cipta insan dimurnikan dengan penghasilan tulisan yang baru dalam erti kata baru dalam pemikiran manusia, namun ia tidaklah baru dalam makna kosmos pula. mempunyai kemampuan mencipta ialah perilaku menghasilkan sesuatu yang meningkatkan nilai insan itu sendiri. jika yang baru itu tidak berfungsi ke arah manfaat, maka ia menjadi hasil yang terbiar dan sia-sia. ia hanya memberi erti luaran oleh manusia kembali tanpa mampu membawa ke lapangan yang lebih dari faham zahir. 

Daya cipta insan akan menjurus ke aliran sains dan kembali kepada aliran insani. sungguhpun begitu, agak malang andai fahaman kita sekadar nilai sains daya cipta itu diutamakan seperti yang banyak dilakukan oleh pengkaji Barat. dalam Islam, ia mampu menembusi lebih jauh lagi pemaknaannya. seperti yang ditulis oleh Syed Mohammad Naquib Al-Attas dalam monografnya ‘The Nature of Man  and The Psychology of Human Soul’. beliau tidak menaggap bahawa daya cipta insan itu bukan semuanya sekadar suatu imaginary tetapi ia menelusuri ke dunia yang lebih haqiqi.

Ringkasnya begitulah, harus difahami bahawa kita yang punya pegangan agama, akan menemukan makna kembali dalam garapan daya cipta insan. tiada yang sia-sia atau peranan untuk luaran seperti yang ditemui oleh sang sarjana Barat. 

pemula kata

Posted: November 6, 2013 in Uncategorized

pemula kata Assalamualaikum.. sejahtera sentiasa dengan ilham kata kata berterusan di sini memberi inspirasi bermakna.