yang pesona itu..

Posted: December 3, 2013 in Uncategorized

Mudah untuk jatuh ke alam pesona apabila kita membiarkan untuk terus menjadi insan yang menyusun hari harinya demi memenuhi rasa dan nafas untuk bergerak saat ke saat buat hidup nyata. Mudah untuk rasa amarah dengan alam pesona kerana kita berhajatkan sesuatu itu dengan sangkaan kita, itu sajalah harapan yang kita punya. Mudah juga untuk alam pesona membuatkan kita memberi hukum dan menuruti sebagai dengung semata. Bak alun pukulan kompang. Bunyi pertama itu nyata dan yang dengung seterusnya hanya dengung yang memberi hebahan semata, yang menurut tanpa berpegang kepada kebenaran yang disedar, akan tersasar akalnya.

Sebaik-baiklah, jangan terpesona dengan kehebohan luaran cuma. Jangan terpesona dengan kelantangan kata kata yang menggamatkan suasana cuma. Jangan terpesona dengan janji-janji yang bak dengung sang kompang jua. Sedar hakikat bahawa yang pesona itu masih di dalam sedar namun di kala ‘ter’ tiba, ia bakal menguji pegangan diri semula.

Suara ini pernah saya susun di dalam skrip lakon sebuah filem pendek bertajuk ‘pesona..ter’, arahan bijak Khir Rahman dan diperan oleh 8 aktor kuat lakonnya iaitu Sofi Jikan, Shafie Naswip, Namron, Ungku Ismail, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Sobri Anuar dan Wanji Aswandi. Telah mendapat maklumbalas tontonan yang sangat baik dan telah diulang tayang dalam 4 majlis eksklusif, apresiasi seni sekitar Kuala Lumpur tahun 2012-2013.

Pengalaman menghasilkan skrip ini merupakan suatu proses yang membawa faham diri tentang sedar yang kita ini secara harfiah mudah dipengaruhi apabila ada pesona yang kita terpesonakan.. secara harfiahnya kata kata manis dengan karisma dari mata kasar mampu beri kesan terpesonanya tanpa sempat kita menyusun sebab dan akibat. Terpesona boleh membawa kepada ketaksuban yang boleh menenggelamkan pertimbangan sebagai manusia semula. 

maka sebelum kita digadai dengan keterpesonaan harfiah, bawalah dan pupuklah atma diri ke keindahan pesona yang lebih Agung dan abadi.

Image

Comments
  1. Nur Syahmina says:

    Awesome ^_^

  2. muzaf ahmad says:

    Salam wbt, Kak Jas,
    terima kasih kerana sudi ikuti blog saya..
    selamat datang ke dunia blogosfera..

Leave a comment